Sunday, December 6, 2009

AsaL 4 Batang SunGai Di SyuRga

Amalina

Asalnya 4 Buah Sungai Di Syurga Bersabda Nabi s.a.w : "Semasa
aku Isra' dan naik ke langit yang tinggi, Malaikat Jibrail a.s
telah memberi kesempatan kepada aku untuk melihat ke dalam
semua Syurga Allah.

Aku lihat di dalamnya terdapat (4) empat buah sungai yang
besar-besar dan airnya bermacam-macam. Ada airnya dari susu,
ada airnya dari arak tetapi tidak memabukkan, ada airnya dari
madu dan ada airnya yg tidak masin.

Sesungguhnya keadaan ini samalah seperti firman Allah di dalam
al-Qur'an : "Didalam Syurga itu ada sungai yg airnya tidak
masin. Ada sungai yg airnya dari susu dan tidak pernah berubah
rasanya. Ada sungai dari arak yg lazat bagi yg meminumnya dan
ada sungai dari madu pilihan".

Aku bertanya kepada Jibrail a.s : "Wahai Jibrail a.s, dari
manakah asalnya sungai2 ini dan ke manakah akhirnya?"

Jibrail a.s menjawab : " Ya Rasulullah SAW, aku hanya tahu ia
mengalir ke dalam Telaga al-Kaustsar, asalnya tidak aku
ketahui."

Aku pun memohon petunjuk Allah lalu muncullah seorang Malaikat
dengan memberi salam. Setelah aku menjawab salamnya, dia
munyuruh aku memejamkan mataku. Lalu, aku pejamkan. Apabila
aku bukakan mataku semula, aku berada dekat sepohon pokok yg
besar. Aku lihat ada sebuah kubah yg amat besar diperbuat dari
permata yg putih berkilauan manakala pintu-pintunya dari jakut
hijau dan kunci-kuncinya dari emas.

Dan, aku lihat mengalir empat batang sungai dari bawahnya.

Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh Malaikat dengan bertanya:
"Tidakkah engkau ingin melihat di dalamnya?"

Aku pun bertanya: "Bagaimana dapat aku masuk sedangkan
pintunya berkunci? Dimanakah kuncinya"

Jawab Malaikat itu: "Kuncinya di dalam tanganmu"

Tanyaku : "Dimana?"

Jawabnya: "Cukuplah engkau ucapkan Bismillahir rahmaanir
rahiim".

Lalu, aku ucapkan dan pintu itu pun terbuka dengan sendirinya
dan aku pun masuk ke dalamnya. Sungguh amat menakjubkan
ciptaan Allah azza wajalla, sungai-sungai itu memancutkan
airnya dari (4) empat buah liang yg besar-besar.

Melihat aku mahu keluar, Malaikat itu bertanya lagi kepadaku:
"Apakah engkau sudah cukup puas melihat permandangan ini?
Sesungguhnya masih ada yg engkau belum lihat. Cubalah engkau
perhatikan sekali lagi dengan baik2, dari apakah sungai2 itu
memancutkan airnya".

Lalu, aku perhatikan sekali lagi. Aku lihat terdapat kalimah
Bismillahir rahmaanir rahiim diantara (4) empat batang
tiangnya.

Dari huruf mim perkataan Bismillah, keluar air sungai tawar.
Dari lubang huruf ha' perkataan Allah, keluar air sungai susu.
Dari lubang huruf min perkataan Arrahmaan, keluar air sungai
arak. Dan, dari lubang huruf mim perkataan Arrahiim, keluar
air sungai madu.

Demikianlah asalnya (4) empat buah sungai di dalam syurga.
Dari itu, barangsiapa dari umatku yang membaca Bismillahir
rahmaanir rahiim, pasti akan dapat minum air sungai ini di
akhirat kelak.

-aminnn-

Friday, December 4, 2009

TGNA....

Amalina

Friday, December 4, 2009


Puluhan ribu rakyat berhimpun sokong Tok Guru


KOTA BHARU, 4 Dis: Pusat bandar Kota Bharu penuh sesak dengan kebanjiran lautan manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apa yang jelas ia ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Biarpun cuaca redup dengan hujan sekali sekala lebat, ia tidak menghalang puluhan ribu rakyat Kelantan hadir menyatakan kasih dan sayang mereka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz...

more on : http://siasahdaily.blogspot.com/2009/12/puluhan-ribu-rakyat-berhimpun-sokong_04.html

more pictures on : http://perisik-rakyat.com/

Wednesday, December 2, 2009

No Smoking PliZzzz...

Amalina

nonsmoking1

Watch your lung, it’s bad for your health. These advertising are shocked enough to warn smokers. Stop smoking please. For your family, for yourself.

nonsmoking2

nonsmoking3

nonsmoking4

nonsmoking5

nonsmoking6

nonsmoking8

nonsmoking9

Sunday, November 29, 2009

Journey Setat Again..hehe

Amalina
Alhamdulillah..smpai gak kt Serdang nie pg nie..setelah 6 jam perjalanan..huuuu..sepatutnye 3jam sje..akibat terperangkap 3 jam dlm 'jem strawbery and cekelat' kt highway Changkat Jering till Simpang Pulai..PENAT sih!!! JAM TERUK!!! byk reta duk kat laluan emergency...berdiret ja..sume kepenatan..RnR tambah sesak..xley nak msuk pon..ramai yg tggl reta kat tepi jalan n b'jalan je menuju ke RnR.. termasuk le kami..hehe..

Mmg ramai gler..kali ni jem paling truk r aku nah hadapi..cuti raya Pose ritu maybe sbb org ramai balik mase die berbeza-beza sebab cuti panjang skit..tapi raya Aji ni, maybe cuz cuti pon pendek, sume pon blik kampung, jadi sume pon kuar sesame untuk pulang ke kota...plik gak..sebab raya Pose ritu..lori xdibenarkan lalu kt highway kecuali yang domestiknyer..tapi kali ni penuh ngan lori gak..menambahkan jem yg sememangnyer TERUK!!! Tambah plik...bukannyer ade XCIDENT pon...tapi reta jln cam SIPUT..nek beskal lagi cepat aku rase..hehe

Aku rase da tibe masenya utk PLUS wat highway 4 lane..lebih2 agie tyme cuti perayaan..da bpe lame PLUS wujud?? da 20tahun lebey wujud..keuntungan da berbillion-billion..ntah ble lagi nak me'lebO'kn highway nieh..konpius ak

Neway, pepun disebalik ketensenan menghadapi jem..byk bende ley kte prihatikan..pemandu reta yg da xsabO ngan jam..gne je lane emergency tu..laju je..xpikir pon kalau2 ade excident ka..cne ambulance nak lalu citu..ade lak yang wat test ala2 style 'glecek bula' tu..sekejap ke kanan, sat gi kekiri..mcm2..bak kata abah, "SIVIK XDA KA??"hehe..pastu ade lak manusia2 plik yg menghilangkan boringnyer ngan menganggu reta sebelah..

Alkisah, kami ni dlm reta sume pompuan, sebelah reta lak sume laki..deme tu ala2 bOOdak2 sek ja..da r jem..bley lak deme bukak pintu reta deme n nk gi kat reta keme..udah..keme wat tatau je..bahye tOl bOOdak2 nie..tgh jalan tue..pastu main2 tagkp gmbr lak..adus..da r ade flash..PAPARAZI tol r!! tp alhmdulillah r..ble deme brenti kt ktorg tu..driver blakang keme da cam bengang ngan deme..haha..trus je deme laju ke depan.."gap" byk gler ngan reta dpn..wat cam jalan sndri ja..
PENGAJARAN : Jangan r wat aksi xsenonoh kt jalan raya..BERSOPAN LAH DIJALAN RAYA..

pasni, harap2 my FYP x r 'jam' lak cam smlm..huhuuu..da ta sanggup da..HMMM..ntOk adik ku SEBINAH yg sedang wat xm BIOLOGI..best of LucK!!! sntiase doakn yg terbaik ntuk die..mari2 Solat HAJAT bersama untuk kejayaan yg penuh keberkatan..insyaAllah...=)

Thursday, November 26, 2009

Selamat Eidul Adha!!

Amalina
Raikan Eiduladha

Lembu ni akan dikorbankan petang ni di blakang umah sye, InsyaAllah..

Pengorbanan merupakan ujian kepada umat manausia, ujian sama ada mereka itu beriman dan mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu Wataala yang menjadikan, yang memberi rezeki dan segala kurniaan yang tidak terkira banyaknya.

Firman Allah Subhanahu Wataala surah Ibrahim, ayat 34:-

Maksudnya:
Dan dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu pohonkan kepadanya, dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya dan sangat mengingkari (tidak menghargai nikmat Allah).

Ibadah Korban

Korban disyariatkan dalam Islam pada tahun kedua hijrah. Ianya mempunyai tujuan tertentu bagi mengingati pengorbanan teragong Nabi Ibrahim Alaihissalam terhadap satu-satu puteranya Nabi Ismail Alaihissalam, baginda bermimpi, bahawa Allah Subhanahu Wataala memerintahkannya untuk menyembelih puteranya Ismail, yang pada waktu itu sudah berusia 13 tahun dan telah dapat membantu dalam pekerjaan dan perjuangan.

Sebagai manusia biasa, alangkah beratnya bagi Nabi Ibrahim Alaihissalam untuk mengorbankan jiwa belahan hatinya sendiri, lebih-lebih lagi, setelah berusia lebih daripada 60 tahun, barulah baginda mendapat seorang anak laki-laki, hasil perkahwinan dengan Siti Hajar.

Namun begitu, ketaatan baginda begitu tinggi kepada Allah. Lalu, proses penyembelihan anakya, Nabi Ismail dijalankan. Atas kekuasaanNya, Allah telah menukarkan Nabi Ismail dengan kibasy(seekor kambing). Maka terlepaslah Nabi Ismail dari maut.

Ibadat korban dapat mengeratkan silaturrahim sesama muslim, serta merapatkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin. Ibadat korban dapat mengikis sifat bakhil dan terlalu sayangkan harta. Sifat-sifat yang buruk ini boleh menjerumuskan manusia untuk melakukan perbuatan keji seperti penindasan, rasuah, penipuan dan lain-lain sifat keji yang patut kita hindarkan.

Jelas kepada kita ibadat korban dapat membersihkan jiwa manusia dari sifat keji di samping menggilap kembali sifat kemanusiaan yang murni, kerana berkorban benar-benar berkehendakkan keikhlasan dan kemurahan hati, bukan senang untuk mengorbankan harta, kalau hati tidak bersih daripada sifat bakhil atau sayangkan harta.


P/S : Dalam mencapai apa sahaja kejayaan, sudah pasti terdapatnya pengorbanan- tak kira, korbankan masa, korbankan tenaga dan juga korbankan wang ringgit :) Dalam mencapai apa sahaja yang berbaloi, sudah pasti terdapatnya sejenis pengorbanan...insyaAllah, esok akan ade knduri dirumah ni..hrp mendpt keberkatan dariNya..

Saturday, November 14, 2009

Monday, November 9, 2009

Slamat Exam & Holiday!!!

Amalina
Sekian lme xupdate blog..bkn pe...UsPot UPM ni "ManT0P" abis..ntah r..kate ade masalah ngan ISP le..cm kureng ntuk percaye la gak..neway, lupekn mslh e2..sbb mslh yg sdg sirius dihadapi sekrg ialah MUsiM PePerIkSaaN yg menggerunkan..hehe..maan najah ntuk sume..lst paper ari Khamis ni..insyaAllah, Animal Physiology..TERBAIK!! xlupe ntuk kwn2..slamat bercuti..huhuuu..cuti xblik cOz FYP(final year project) xsiap agie..Dr MK (my supervisor),xbgk blik.. TT...

p/s : lukisan ni...smlm terlakar kt atas kertas a4 yg sepatutnye ade not..hehe..borink nye sal....=)

Saturday, October 17, 2009

MAan NajAh!!!

Amalina

SEtelah beberapa lame x mengupdate blog nie..tetibe rse cm nk nulih sat..

Wednesday, August 19, 2009

K Long's Engagement (^~^)

Amalina
15/8/09 - Famili aku wat knduri kesyukurn n pertunangn K Long...ade bacaan yaasin n tahlil skit..alhmdulillah, everything went well..except, K Noon n Sebinah xde..rse cm ilg le skit 'masyuk' knduri tue..hik3..neway..moga Allah sntiasa memberkati n merahmati keluarga aku..Amin


















Saturday, August 1, 2009

Hadiah Buat Adik2 Seperjuangan..

Amalina
Hadir dalam perjuangan...bukanlah disebabakan kalian terpilih secara tidak sengaja..tapi sebenarnya kalian sengaja dipilih oleh Allah untuk meneruskan perjuangan ini..

Sedetik berlalu, menghitung masa, menghitung hari bahkan menghitung semester..tapi adakah perlu dalam perjuangan, kita mengira-ngira pekerjaan kita?siapa kita untuk menentukan setiap pekerjaan jua amalan kita adalah amalan yang akan di kira..sepertinya kau tidak tahu, bagaimana tapisan dan lapisan yang amalan kita akan dilalui sebelum ia sampai kepada Yang Hak..

Sengaja aku pasangkan telinga..terdengar rungutan...'kenapa mesti saya yang buat semua kerja?, saya da bnyk kerja lain.., saya da tak tahan, jauh la tempat tu, susahla"...dan macam2 lagi..bukan tidak boleh mengeluh..tapi biarlah berpada..alasan 'bz' n 'nk study' yang selalu diguna pakai..adakah ia relevan? xperlu pergi jauh..lihat pada mereka yang di beri tugas yang lebih mencabar..adakah mereka juga tiada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan seperti anda? malahan kadang kala tugas mereka lebih berat..ulang alik ke ladang, lab atau ke tmpat kerja masing-masing...

Lagi, pabila setiap arahan diberi..bukan "mereka" bermaksud untuk meyiksa mahupun meyusahkan sekalian..ketahuilah, setiap arahan jua tugasan adalh untuk melatih kalian..juga memudahkan kalian untuk menghadapi masa dpn di mana golongan "mereka" itu akan PUPUS(di UPM le) di telan zaman...

Persoalan ingin dilontarkan..adakah kalian bersedia untuk berubah? kalau jawapan kalian tidak..bila lagi masa kalian akan bersedia? harini,esok , lusa, bln dpn, thn dpn? atau sehingga kalian ingin jadi orang yang sempurna? siapa yg sempurna di dunia ni?

Jadi, tinggalkan sgla persoaln itu..siapkan hati kalian dengan rasa ikhlas dan sentisa yakin denganNya..insyaAllah segala tugasan akan dipermudahkan..rajin2 bertanya pada yang lebih arif..dalam hadapi perjuangan kita tak boleh seorangan..perlu ada bimbingan..jika tidak tahu bertanyalah.. seperti kata pepatah Melayu "Malu bertanya, sesat jalan"..

Aku bukanlah seorg kakak baik yang boleh dijadikan cth sepenuhnya..tapi kalian tapis la diriku..yang baik jadikan lah teladan manakala yang buruk jadikan sempadan..=)

Sekitar Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam 09

Amalina
Hmmm..rase cam nak update..tapi tatau nak ltk aka tulis pe..ntah, 24 til 26 Julai 09 PMIUPM n sluruh warga PMI semenanjung Malaysia dari selruh IPTA telah di jemput ke Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam, di Hotel PUtraKL. Program ni dianjurkan oleh KPT(Kementerian Pengajian Tinggi) n DAMAI (Dewan Amal Islam Hadhari)..walaupun prog ni berjalan selama 3 hari, tp secara jujur aku kata..mmg xdpt pe2 dr prog ni..ntah..yg aku paham diorg asik menekankan aspek "KeMELAYUan"..hooo..sejujurnye jua..bleh dikatakan sume perbincangan lari dari tajuk..ak konpius lalu mata pon sering tertutup..hehe..xkesah le nk kata pe..jika aku terus berada dalam perbincangan yang merusakkan prinsip aku..baik aku lyn diri..hehe..ni beberapa sedutan ble dapat tyme rehat..

Jalan2.. munirah, me n k ifah..


ntah..asik b'gambo je dorg ni..


hmm..banner di Kompleks Sejarah


Pemandangan dari luar bilik...


Pandangan dari sisi bilik kitaorang.. IJN ni..cbe tgk btol2

Bilik penginapan slama 3 hari di Hotel Putra


ex-Officio of DAMAI (Mr Zahid Hamidi)

Thursday, July 23, 2009

Perasaan ku sekarang....

Amalina

hohoooo.........................klassss........ memandai jer wat keje sendiri..hik3



















Wednesday, July 22, 2009

Ratusan budak jadi mangsa penderaan seks paderi

Amalina
Sumber : Utusan

22/07/2009 3:02am
DUBLIN 22 Julai - Selepas dua bulan penelitian terhadap tanda kewujudan penganiayaan endemik, para pegawai hari ini terkejut apabila laporan mendapati ratusan kanak-kanak menjadi mangsa penderaan seks oleh paderi-paderi Katolik di Ireland.
Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Kerajaan diketuai oleh hakim yang menjalankan siasatan itu mendapati penderaan seks yang dilakukan oleh paderi-paderi yang berada di bawah pengawasan biskop, gereja terbesar di Dublin itu telah bermula sejak Mac 2006 lagi.
Ketua Biskop Dublin, Diarmuid Martin dalam laporannya kepada Menteri Kehakiman, Dermot Ahern semalam, mengingatkan bahawa pendedahan itu akan mengejutkan semua pihak.
Untuk pertama kalinya, siasatan itu mendapati bagaimana gereja paling berpengaruh Roman Katolik yang dikuasai rakyat Ireland itu mengadakan hubungan `haram’.
Sementara itu, jurucakap bagi pihak biskop berkata, pihak berkuasa mendapati sejak tahun 1940, terdapat 400 hingga 450 orang menjadi mangsa penderaan seks oleh setiap seorang daripada 152 paderi. - AFP

Tuesday, July 21, 2009

Hmmm..thumbdrive???

Amalina
Bukak je sem..semua orang asyik cari thumbdrive..ye la..nk simpan dokumen..terutama yang kne wat thesis tu..kne slalu ulang-alik print..mesti r simpan info kt dlm pendrive aka thumbdrive..hmm..just terjumpe design thumbdrive yang comel..hehe..sila scroll ke bawah:

flashdrive5

macam paket sos..

flashdrive24

flashdrive23

lighter? nope...

flashdrive22

flashdrive21

flashdrive20

flashdrive19

flashdrive18

flashdrive17

flashdrive15

flashdrive14

flashdrive13

AsaL 4 Batang SunGai Di SyuRga

TGNA....

No Smoking PliZzzz...

RAsE...

Journey Setat Again..hehe

Selamat Eidul Adha!!

Musika...

Slamat Exam & Holiday!!!

MAan NajAh!!!

K Long's Engagement (^~^)

Perasaan aku skrg...

Hadiah Buat Adik2 Seperjuangan..

Sekitar Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam 09

Perasaan ku sekarang....

Ratusan budak jadi mangsa penderaan seks paderi

Hmmm..thumbdrive???

Coprights @ 2016, Blogger Template Designed By Templateism | Templatelib